Polisi Pemulangan dan Bayaran Balik

Kami di Ezzufirda Enterprise komited untuk memberikan pengalaman membeli-belah terbaik kepada pelanggan kami. Berikut adalah terma dan syarat pemulangan dan bayaran balik:

Anda Boleh Membuat Pemulangan Untuk Pertukaran Jika:

  • Semua barang mesti dipulangkan dalam keadaan tidak rosak, tidak kotor, tidak dicuci, tidak diubah suai, dan tidak pernah dipakai.
  • Barang mestilah dalam kondisi asal termasuk pembungkusan produk, tag harga, label, dan kod bar yang asal.
  • Barang yang rosak akibat kecacatan pembuatan boleh dipulangkan dan akan diganti dengan produk baru bernilai sama (bergantung kepada stok tersedia).
  • Kos penghantaran untuk pemulangan ditanggung oleh pelanggan.

Anda Tidak Boleh Membuat Pemulangan Untuk Pertukaran Jika:

  • Aksesori dan hadiah percuma seperti brooch, beg, dan lain-lain tidak boleh dipulangkan.
  • Barang pre-order atau pesanan khas.
  • Barang promosi atau pembelian menggunakan kupon diskaun.
  • Barang yang rosak, kotor, dicuci, diubah suai, atau pernah dipakai tidak boleh dipulangkan, kecuali ada kecacatan pembuatan.
  • Jika kami menerima barang yang tidak memenuhi syarat ini, ia akan dihantar semula kepada pelanggan dan kos penghantaran akan ditanggung pelanggan.

Proses Pemulangan untuk Pertukaran

  1. Jika barang masih dalam keadaan tidak dicuci, tidak diubah suai, tidak pernah dipakai, dan tag pemulangan masih terpasang, barang boleh dipulangkan untuk ditukar dengan barang lain bernilai sama atau baucar pembelian.
  2. Pemulangan mesti dihantar dalam tempoh:
    • 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan untuk penghantaran dalam negara.
    • 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan untuk penghantaran antarabangsa.
  3. Barang yang dibeli secara online boleh ditukar melalui belian online atau terus ke HQ kami di Klang, Selangor (sila hubungi kami dahulu untuk pengesahan dan penyusunan stok).

Alamat Pemulangan

Ezzufirda Enterprise
No. 57-1, Jalan Aman Perdana 10C/KU5,
Taman Aman Perdana,
41050 Klang, Selangor,
Malaysia.

Waktu Operasi dan Hubungi Kami

  • Hari bekerja: Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi hingga 5 petang.
  • Cuti: Sabtu, Ahad, dan cuti umum Selangor.
  • Sebarang pertanyaan, sila e-mel kepada pasukan CRM kami di ezzufirda@gmail.com.

Item Rosak atau Salah

Jika barang diterima rosak atau salah, sila e-mel kepada kami dengan maklumat berikut:

  • Nombor pesanan (Order ID).
  • Isu yang dihadapi (rosak/salah).
  • Gambar atau video barang yang diterima.

Kami akan menyemak dan memberikan panduan selanjutnya.

Bayaran Balik

Anda layak untuk mendapatkan bayaran balik penuh jika:

  • Barang yang diterima mempunyai kecacatan.
  • Pesanan dibatalkan dengan alasan yang sah.
  • Barang yang dipesan tiada stok.
  • “Kes khas” yang diluluskan oleh pihak pengurusan.

Proses bayaran balik mengambil masa maksimum 14 hari bekerja.

Jaminan Produk

  • Semua barang pada harga normal dijamin akan dihantar dalam keadaan sempurna seperti yang diiklankan.
  • Jika terdapat kelewatan penghantaran, tempoh pemulangan akan dilanjutkan selama 2 hari tambahan.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi kami di ezzufirda@gmail.com.

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping